Monday 30 April 2012

PROSES PEMBENTUKAN DAN TABURAN MUKA BUMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selamat bersua. Tajuk pada kali ini ialah:
Semoga usaha saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar.


ini ringkasan yang akan saya catatakan pada tajuk ini. Berikut merupakan peta taburan plat-plat di bumi kita.
pergerakan plat ini mewujudkan muka bumi (benua) yang ada, melalui teori Hanyutan Benua.


Muka bumi terbentuk daripada 2 cara iaitu melalui penggondolan di luar muka bumi. Kedua melalui pergerakan dalam bumi.


Pergerakan dalam bumi ini boleh mewujudkan lipatan pada kerak bumi (gunung lipat) dan sesaran   yang membolehkan wujudnya lurah sesaran dan gunung bongkah.


Terdapat 2 jenis plat, iaitu;
Plat Lautan, dan
Plat benua.


Plat benua bawa benua, plat lautan bawa batuan dasar lautan. 
Arus perolakan dalam mantel menyebabkan plat bergerak.
Plat tektonik berlaku secara mendatar, menyebabkabkan plat bertembung (pertembungan) atau mencapah dengan plat lain.


Cara plat tektonik melibatkan:
pertembungan.
percapahan.




pertembungan melibatkan 3 cara iaitu:
pertembungan plat lautan - plat lautan.
pertembungan plat benua - plat benua.
pertembungan plat lautan - plat benua.


satu daripada plat ini akan menjunam ke dasar lautan dan tertolak ke dalam mantel yang panas. Pinggir plat yaang cair akan naik ke permukaan laut membentuk pulau (arka pulau).
Jurang lautan terbentuk di sempadan pertembungan plat ini.


Pertembungan plat benua - plat benua, kerana kuasa mampatan. Batuan yang termampat di sini akan membentuk gunung lipat di atasnya. Banjaran lipat muda terbentuk sepanjang sempadan pertembungan, seperti terjadi pada Banjaran Himalaya.


Pertembungan plat lautan dan plat benua. Plat lautan yang lebih tumpat akan terjunam ke dalam mantel. Sepanjang pertembungan ini wujud jurang lautan. Pada bahagian plat benua akan terbentuk gunung lipat selari dengan jurang lautan. Sepanjang pertembungan plat ini wujud juga gunung berapi.


Pergerakan plat secara percapahan.
Keadaan ini berlaku apabila 2 plat bergerak ke arah yang bertentangan.
Sempada kedua-dua plat ini akan wujud sempadan pencapahan.
Pergerakan kedua-dua plat ini akan membolehkan magma mengisi ruang yang ada, membentuk Permatang Tengah Lautan.
Proses ini juga dikenali sebagai perebakan dasar lautan.
Contoh permatang ini ialah Permatang Tengah Lautan Atlantik.
Kesimpulan yang terhasil daripada pergerakan plat ialah berlakunya lipatan dan gempa bumi.


Proses mampatan menghasilkan pelbagai bentuk lipatan, seperti;
a. Lipatan Monoklin.
b. Lipatan simetri.
c. Lipatan asimetri.
d. Lipatan lampau.
e. Lipatan rebah.
Satu perkara yang berkait dengan pergerakan plat ini dan selain lipatan, terdapat kejadian gempa bumi. Tenaga terkumpul akan dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
Kerak bumi akan bergegar, berlakulah gempa bumi.
Gempa bumi pada dasar lautan boleh mewujudkan tsunami.


peta dunia taburan kawasan gempa bumi.


Pergerakan plat seccara pencapahan akan wujudnya
gelinciran atau sesaran
hanyutan benua.


Sesaran berlaku apabila anjakan batuan ( lapisan ) bumi secara mendatar atau menegak.
Terdapat pelbagai jenis gelinciran (sesar):
Tiga jenis sasaran iaitu:
Sesar biasa.
Sesar songsang.
Sesar rabak.

Rajah di atas menunjukkan kejadian lurah sesar dan gunung bongkah; satu kerana daya ketegangan, dan satu lagi daya mampatan.


Satu teori telah dikemukakan oleh Alfred Wegenar pada tahun 1910 tentang hanyutan benua. Sila teliti rajah-rajah di bawah.




                             Ini Alfred Wegenar














                    Ini daratan Pangea yang diwarnakan oleh pelukis.
Teori ini dinyatakan bermula daripada dunia yang punyai 1 daratan besar sahaja iaitu Pangea.



Rajah arah hanyutan benua daripada daratan Pangea,



Pangea telah terpisah dua, di utara bumi adanya Laurasia dan selatan bumi adanya Gondwanaland.


Jangkaan pengkaji terhadap dunia 50 juta tahun akan datang. Perhatikan terdapat perubahan kedudukan seperti Afrika dan Amarika Selatan. Terdapat perubahan kedudukan Australia menghampiri Asia Tenggara.


Pergerakan tektonik plat berterusan lebih 200 juta tahun, akhirnya jadilah taburan benua dan lautan seperti hari ini. (Rujuk pada rajah pertama dalam rajah hanyutan benua di atas).


Satu lagi kejadian yang berkaitan dengan gerakan plat ini ialah aktiviti gunung berapi.


Aktiviti gunung berapi melibatkan pengeluaran bahan dari lohong dari bumi yang terdiri daripada magma / lava gunung berapi, piroklas dan debu gunung berapi.
Magma ini boleh beku dalam kerak bumi dan boleh keluar ke permukaan bumi sebagai lava, gunung berapi.


Bentuk batuan yang terjadi apabila magma beku dalam kerak bumi dikenali sebagai igneus rejahan, manakala lava yang dibawa ke luar permukaan mewujudkan bentuk igneus terobosan.
Sila teliti semua bentuk yang terhasil dalam kerak bumi. Semua sama dari segi kandungan batuan, iaitu igneus tetapi bentuk yang berbeza.


Kita teliti pula bentuk muka bumi di permukaan: Aktiviti gunung berapi.


Gunung berapi komposit.
Gunung berapi perisai  (lava bes)
Dataran Tinggi basalt.







4 comments:

  1. Jika ada komen atau apa-apa pandangan anda semua dijemput untuk tinggalkan pada ruangan Comment yang ada pada blog ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya masih menanti siapa pelajar 4 Jauhari SEMEKAP yang mula tinggalkan komen atau pesanan pada blog saya ini. Saya harap semua akan buat komen. Atau apa~apa pesanan pada blong yg saya sedia untuk anda semua.

    ReplyDelete
  3. saya bukan pelajar SEMEKAP. saya pelajar IPG Kampus Darulaman. terima kasih atas perkongsian bahan tuan. saya baca ya, untuk ulangkaji peperiksaan akhir fizik saya. terima kasih

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk bahan yang dikongsi..saya mencari bahan untuk melengkapkan tesis sy berkaitan educational game bagi subjek geografi tingkatan 4..mmg kekurangan bahan dan sumber..

    ReplyDelete