Tuesday 29 May 2012

GERAKAN JISIM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......


Tajuk kedua dalam bab Perubahan Pandang Darat Fizikal ialah; Gerakan Jisim. Pada kesempatan ini saya akan bincangkan tajuk Gerakan Jisim ini.


Gerakan Jisim, merujuk kepada pergerakan bahan-bahan menuruni cerun akibat tarikan graviti.


Faktor yang mempengaruhi ialah:
1. kecerunan curam
2. berat bahan
3. kelembapan tanih


Empat jenis gerakan jisim:


Kesotan tanih:






Pergerakan tanih ikut cerun secara perlahan-lahan. Cerun 2-3 darjah.


Pergerakan biasanya tidak disedari. Kesannya dapat dilihat pada tiang telefon, pokok dan tembok pada cerun.


Kawasan teropika lembap, air yang meresap dalam tanah akan jadi pelincir pada kesotan ini.


Kawasan iklim sederhana pencairan (musim panas) asal daripada tanah beku juga akan boleh jadi pergerakan begini.


Gelangsar tanah








Merupakan aliran tanah menuruni cerun sederhana curam dalam keadaan tepu dengan air.


Banyak berlaku di kawasan yang alami  pembekuan dan pencairan secara bergilir , seperti kawasan iklim sejuk dan sederhana sejuk.


Tanah bawah beku secara tetap. Lapisan atas beku dalam musim sejuk dan cair dalam musim panas.


Lapisan atas yang tepu air apabila mencair akan menyebabkan tanah atas bergerak turuni cerun.


Kejadian ini akan hasilkan teres, bonggol, lekuk, dan permatang.


Kawasan gurun pasir boleh berlaku apabila hujan lebat tepukan pasir. Tanih yang basah ini akan menggelangsar dan dimendapkan  di lembah.


Di Malaysia, aliran tanah ini boleh berlaku juga jika tanah pada cerun terdedah kerana tiada pokok-pokok atau rumput. Walau bagaimanapun gerakan jisim jenis ini lebih baik difokuskan pada kawasan hawa sederhana sahaja.


Aliran Lumpur:






Keadaan ini berlaku apabila air mengalir bersama tanah yang lembut dan longgar.


Lumpur terbentuk di kawasan tanah tinggi bergerak laju melalui cerun curam.


Kes aliran lumpur terdapat di Malaysia seperti aliran lumpur yang menghanyutkan ramai orang dan petempatan di Pos Dipang, Kampar  Perak.
http://kini2u.com/v1/2009/10/imbasan-tragedi-pos-dipang-meragut-39-nyawa-29-ogos-1996/



Aliran lumpur ini boleh dikurangkan dengan cara:
1. kurangkan petempatan di kawasan cerun yang curam.
2. tanam rumput dan pokok pada permukaan cerun terdedah.
3. tanam segera kawasan pertanian yang telah dibajak di cerun.


Gelongsoran tanah (tanah runtuh):




Gelongsoran tanah atau tanah runtuh mungkin  melibatkan ketulan batuan atau batuan bercampur tanah, berlaku secara besar-besaran.


Gelongsoran tanah ini terdiri daripada:


-gelongsoran batuan.
-gelongsoran puing.
-jatuahan batuan.
-jatuhan puing.
(rajah 13.12 menunjukkan bagaimana gelongsoran ini berlaku)


Ringkasan Gerakan Jisim:


1. Kesotan tanih di kawasan cerun yang kurang litupan tumbuhan. Kadar pergerakan sangat perlahan. Kesannya dapat dilihat objek seperti tiang elektrik dan pagar menjadi condong. Tebing runtuh.


2. Gelangsar di kawasan salji (air batu), kadar pergerakan perlahan. Kesannya lapisan jisim tanih bergerak menuruni cerun.


3. Aliran Lumpur di hulu sungai yang bercerun curam dan kurang liputan tumbuhan. Kadar pergerakan sangat sepat. Kesannya lumpur yang terkumpul membentuk kipas aluvium di kaki cerun.


4. Gelongsoran tanah . tanah runtuh di kawasan lereng bukit yang cerunnya dipotong. Kadar pergerakan terlalu cepat. kesannya tanah atau batuan runtuh ke kaki cerun.


Sekian. Terima kasih.



Friday 4 May 2012

LULUHAWA

Aslamualaikum dan selamat sejahtera....


Pada kali ini saya akan bincangkan tajuk luluhawa yang terdapat dalam kandungan bab besar:


Selepas selesai tajuk luluhawa saya akan bincangkan tajuk lain. Untuk peperiksaan pertengahan tahun pelajar 4 Jauhari SEMEKAP akan menggunakan tajuk pertama  sehingga luluhawa ini. Jangan lupa tajuk kemahiran geografi.


Tajuk 3.1 akan saya bincangkan sekarang.


Luluhawa adalah proses pemecahan dan pereputan batuan di permukaan bumi atau hampir dengan permukaan bumi secara insitu.


Luluhawa adalah salah satu daripada proses penggondolan, selain luluhawa ialah pergerakan jisim, hakisan dan pemindahan puin.


Terdapat 3 jenis luluhawa, iaitu:
1. Luluhawa mekanika / fizikal
2. Luluhhawa kimia
3. Luluhawa organik / biologi.


Luluhhawa fizikal boleh berlaku secara:
a. Tindakan ibun / fros
b. Penghabluran garam
c. Pelepasan tekannan
d. Perubahan suhu ekstrem.




Tindakan fros:
Keadaan ini berkesan di kawasan puncak gunung atau tanah tinggi yang alami suhu yang turun naik sekitar takat beku.


Air yang masuk celah-cealah rekahan batuan akan membeku pada waktu malam  (apabila suhu turun pada takat beku).


Air yang beku akan kembang 10 peratus . Tekanan pada batuan akan memecah batuan.


Tindakan fros yang berpanjangan begini akan menyebabkan batuan bersegi-segi akan jatuh ke bawah dikenali sebagai talus atau skri.


Penghabluran garam:
Proses ini berlaku di kawasan panas lagi kering seperti kawasan monsun tropika dan savana.


Dalam musim kering, air dalam tanah akan disedut oleh daya rerambut ke atas permukaan bumi. Air ini mengandungi mineral garam.




Apabila air tersejat, hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan dan makin jadi besar, kerana proses berulang-ulang.


Pertambahan hablor garam akan wujudkan tekanan kuat pada batuan keliling dan akhirnya batuan akan pecah.


Perlepasan tekanan:




Rajah (a):
Batuan yang jauh dari permukaan alami tekanan kuat daripada semua arah di atasnya.


Rajah (b):
Hakisan dipermukaan akan kurangkan beban dan  tekanan tersebut.


Rajah (c):
Perlepasan tekanan ini akan menyebabkan batuan akan retak,rekah dan mengelupas.


Kubah pengelupasan boleh wujud pada batuan granit yang alami proses pelepasan tekanan ini.


Perubahan suhu ekstrem:




Proses ini banyak berlaku di kawasan panas seperti gurun.


Panas mataharipada waktu siang, panas matahari akan panaskan  dan mengembang   batuan dengan cepat.


Pada waktu malam lapisan luar batu ini akan mengecut dengan cepat.


Proses kembang kecut yang berulang akan menyebabkan lapisan luar batuan akan tertanggal. Pemecahan berlaku secara pecah dan mengelupas. Proses perubahan suhu ekstrem ini popular disebabkan oleh faktor kembang kecut batuan kerana panas dan kering berulang.


Penyepaian batuan boleh berlaku dalam 3 cara, iaitu:
1. Pemecahan bongkah.
2. Pemecahan berbutir.
3. Pengelupasan.






Rajah dan keterangan di atas adalah berkaitan dengan pemecahan bongkah.




Rajah di atas kejadian dan huraian tentang pemecahan berbutir.




Rajah di atas menunjukkan pemecahan batuan secara pengelupasan.


Luluhawa kimia:


Ingat fakta luluhawa kimia merujuk pada proses penguraian atau pereputan batuan melibatkan perubahan kandungan kimia kerana tindakan agen spt air, oksigen dan karbon dioksida.


Pengkorbanan adalah tindak balas kalsium karbanat dengan asid karbanik.


Air hujan merupakan asid karbanik lemah kerana bercampur dengan karbon dioksida dalam udara.


Air hujan jatuh pada batu kapur, kalsium karbanat terlarut .


Proses pengkarbanan ini akan mendalamkan rekahan pada batu kapur menjadi  graik dan bongkah dikenali sebagai  klint.




muka bumi lain pada permukaan bumi dan dalam bumi kawasan batu kapur akan mewujudkan pemendangan berikut:




Pengoksidaan: Adalah tindak balas oksigen dan mineral di dalam batuan.


Contoh yang biasa ialah ferum (besi) dalam batuan bersebati dengan oksigen membentuk ferik oksida, lalu lemahkan batuan menjadi tanah laterit. Lihat gambar laterit ( tanah merah) tepi jalan dan keterangannya:


Hidrolisis: Melibatkan proses pengasingan mineral dalam batuan akibat tindakan air. Batuan asal berubah  menjadi batuan lain.


Proses ini giat di kawasan tropika lembap. Contohnya ialah feldpar dalam granit menjadi kaolin (tanah liat)


Larutan: Merupakan tindak balas mineral dengan sesuatu bahan kimia. Bahan galian seperti garam batu mudah larut dalam air.


Apabila mineral terlarut, batuan menjadi poros dan pecah dengan mudah.


Proses ini giat berlaku di kawasan tropika lembap.


Penghidratan: Berlaku apabila mineral batuan menyerap air.


Mineral yang menyerap air akan mengembang, sementara mineral yang tidak serap air tidak mengembang. Akibatnya, terjadi tegangan dalam batuan.


Keadaan ini melemah struktur batuan dan menghancurkannya.


Luluhawa organik:


Perubahan batuan melibatkan tindakan tumbuhan, haiwan, manusia dan bakteria. Tindakan secara fizikal atau kimia akan melonggarkan batuan atau menguraikan batuan tersebut.




Perbandingan antara 3 jenis luluhawa (mekanika/kimia / organik):




Luluhawa dan kesannya pada pandang darat:


Selamat mengulang kaji, selamat menjawab soalan geografi pertengahan tahun pada Mei 2012 ini.

Thursday 3 May 2012

TSUNAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Kali ini saya akan kemukakan satu siri fakta sebagai tambahan ilmu dalam geografi, tetapi tidaklah dimasukkan dalam sukatan geografi SPM.
Anggaplah sebagai maklumat tambahan sahaja.