Tuesday 29 May 2012

GERAKAN JISIM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......


Tajuk kedua dalam bab Perubahan Pandang Darat Fizikal ialah; Gerakan Jisim. Pada kesempatan ini saya akan bincangkan tajuk Gerakan Jisim ini.


Gerakan Jisim, merujuk kepada pergerakan bahan-bahan menuruni cerun akibat tarikan graviti.


Faktor yang mempengaruhi ialah:
1. kecerunan curam
2. berat bahan
3. kelembapan tanih


Empat jenis gerakan jisim:


Kesotan tanih:






Pergerakan tanih ikut cerun secara perlahan-lahan. Cerun 2-3 darjah.


Pergerakan biasanya tidak disedari. Kesannya dapat dilihat pada tiang telefon, pokok dan tembok pada cerun.


Kawasan teropika lembap, air yang meresap dalam tanah akan jadi pelincir pada kesotan ini.


Kawasan iklim sederhana pencairan (musim panas) asal daripada tanah beku juga akan boleh jadi pergerakan begini.


Gelangsar tanah








Merupakan aliran tanah menuruni cerun sederhana curam dalam keadaan tepu dengan air.


Banyak berlaku di kawasan yang alami  pembekuan dan pencairan secara bergilir , seperti kawasan iklim sejuk dan sederhana sejuk.


Tanah bawah beku secara tetap. Lapisan atas beku dalam musim sejuk dan cair dalam musim panas.


Lapisan atas yang tepu air apabila mencair akan menyebabkan tanah atas bergerak turuni cerun.


Kejadian ini akan hasilkan teres, bonggol, lekuk, dan permatang.


Kawasan gurun pasir boleh berlaku apabila hujan lebat tepukan pasir. Tanih yang basah ini akan menggelangsar dan dimendapkan  di lembah.


Di Malaysia, aliran tanah ini boleh berlaku juga jika tanah pada cerun terdedah kerana tiada pokok-pokok atau rumput. Walau bagaimanapun gerakan jisim jenis ini lebih baik difokuskan pada kawasan hawa sederhana sahaja.


Aliran Lumpur:






Keadaan ini berlaku apabila air mengalir bersama tanah yang lembut dan longgar.


Lumpur terbentuk di kawasan tanah tinggi bergerak laju melalui cerun curam.


Kes aliran lumpur terdapat di Malaysia seperti aliran lumpur yang menghanyutkan ramai orang dan petempatan di Pos Dipang, Kampar  Perak.
http://kini2u.com/v1/2009/10/imbasan-tragedi-pos-dipang-meragut-39-nyawa-29-ogos-1996/



Aliran lumpur ini boleh dikurangkan dengan cara:
1. kurangkan petempatan di kawasan cerun yang curam.
2. tanam rumput dan pokok pada permukaan cerun terdedah.
3. tanam segera kawasan pertanian yang telah dibajak di cerun.


Gelongsoran tanah (tanah runtuh):




Gelongsoran tanah atau tanah runtuh mungkin  melibatkan ketulan batuan atau batuan bercampur tanah, berlaku secara besar-besaran.


Gelongsoran tanah ini terdiri daripada:


-gelongsoran batuan.
-gelongsoran puing.
-jatuahan batuan.
-jatuhan puing.
(rajah 13.12 menunjukkan bagaimana gelongsoran ini berlaku)


Ringkasan Gerakan Jisim:


1. Kesotan tanih di kawasan cerun yang kurang litupan tumbuhan. Kadar pergerakan sangat perlahan. Kesannya dapat dilihat objek seperti tiang elektrik dan pagar menjadi condong. Tebing runtuh.


2. Gelangsar di kawasan salji (air batu), kadar pergerakan perlahan. Kesannya lapisan jisim tanih bergerak menuruni cerun.


3. Aliran Lumpur di hulu sungai yang bercerun curam dan kurang liputan tumbuhan. Kadar pergerakan sangat sepat. Kesannya lumpur yang terkumpul membentuk kipas aluvium di kaki cerun.


4. Gelongsoran tanah . tanah runtuh di kawasan lereng bukit yang cerunnya dipotong. Kadar pergerakan terlalu cepat. kesannya tanah atau batuan runtuh ke kaki cerun.


Sekian. Terima kasih.



Friday 4 May 2012

LULUHAWA

Aslamualaikum dan selamat sejahtera....


Pada kali ini saya akan bincangkan tajuk luluhawa yang terdapat dalam kandungan bab besar:


Selepas selesai tajuk luluhawa saya akan bincangkan tajuk lain. Untuk peperiksaan pertengahan tahun pelajar 4 Jauhari SEMEKAP akan menggunakan tajuk pertama  sehingga luluhawa ini. Jangan lupa tajuk kemahiran geografi.


Tajuk 3.1 akan saya bincangkan sekarang.


Luluhawa adalah proses pemecahan dan pereputan batuan di permukaan bumi atau hampir dengan permukaan bumi secara insitu.


Luluhawa adalah salah satu daripada proses penggondolan, selain luluhawa ialah pergerakan jisim, hakisan dan pemindahan puin.


Terdapat 3 jenis luluhawa, iaitu:
1. Luluhawa mekanika / fizikal
2. Luluhhawa kimia
3. Luluhawa organik / biologi.


Luluhhawa fizikal boleh berlaku secara:
a. Tindakan ibun / fros
b. Penghabluran garam
c. Pelepasan tekannan
d. Perubahan suhu ekstrem.




Tindakan fros:
Keadaan ini berkesan di kawasan puncak gunung atau tanah tinggi yang alami suhu yang turun naik sekitar takat beku.


Air yang masuk celah-cealah rekahan batuan akan membeku pada waktu malam  (apabila suhu turun pada takat beku).


Air yang beku akan kembang 10 peratus . Tekanan pada batuan akan memecah batuan.


Tindakan fros yang berpanjangan begini akan menyebabkan batuan bersegi-segi akan jatuh ke bawah dikenali sebagai talus atau skri.


Penghabluran garam:
Proses ini berlaku di kawasan panas lagi kering seperti kawasan monsun tropika dan savana.


Dalam musim kering, air dalam tanah akan disedut oleh daya rerambut ke atas permukaan bumi. Air ini mengandungi mineral garam.




Apabila air tersejat, hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan dan makin jadi besar, kerana proses berulang-ulang.


Pertambahan hablor garam akan wujudkan tekanan kuat pada batuan keliling dan akhirnya batuan akan pecah.


Perlepasan tekanan:




Rajah (a):
Batuan yang jauh dari permukaan alami tekanan kuat daripada semua arah di atasnya.


Rajah (b):
Hakisan dipermukaan akan kurangkan beban dan  tekanan tersebut.


Rajah (c):
Perlepasan tekanan ini akan menyebabkan batuan akan retak,rekah dan mengelupas.


Kubah pengelupasan boleh wujud pada batuan granit yang alami proses pelepasan tekanan ini.


Perubahan suhu ekstrem:




Proses ini banyak berlaku di kawasan panas seperti gurun.


Panas mataharipada waktu siang, panas matahari akan panaskan  dan mengembang   batuan dengan cepat.


Pada waktu malam lapisan luar batu ini akan mengecut dengan cepat.


Proses kembang kecut yang berulang akan menyebabkan lapisan luar batuan akan tertanggal. Pemecahan berlaku secara pecah dan mengelupas. Proses perubahan suhu ekstrem ini popular disebabkan oleh faktor kembang kecut batuan kerana panas dan kering berulang.


Penyepaian batuan boleh berlaku dalam 3 cara, iaitu:
1. Pemecahan bongkah.
2. Pemecahan berbutir.
3. Pengelupasan.






Rajah dan keterangan di atas adalah berkaitan dengan pemecahan bongkah.




Rajah di atas kejadian dan huraian tentang pemecahan berbutir.




Rajah di atas menunjukkan pemecahan batuan secara pengelupasan.


Luluhawa kimia:


Ingat fakta luluhawa kimia merujuk pada proses penguraian atau pereputan batuan melibatkan perubahan kandungan kimia kerana tindakan agen spt air, oksigen dan karbon dioksida.


Pengkorbanan adalah tindak balas kalsium karbanat dengan asid karbanik.


Air hujan merupakan asid karbanik lemah kerana bercampur dengan karbon dioksida dalam udara.


Air hujan jatuh pada batu kapur, kalsium karbanat terlarut .


Proses pengkarbanan ini akan mendalamkan rekahan pada batu kapur menjadi  graik dan bongkah dikenali sebagai  klint.




muka bumi lain pada permukaan bumi dan dalam bumi kawasan batu kapur akan mewujudkan pemendangan berikut:




Pengoksidaan: Adalah tindak balas oksigen dan mineral di dalam batuan.


Contoh yang biasa ialah ferum (besi) dalam batuan bersebati dengan oksigen membentuk ferik oksida, lalu lemahkan batuan menjadi tanah laterit. Lihat gambar laterit ( tanah merah) tepi jalan dan keterangannya:


Hidrolisis: Melibatkan proses pengasingan mineral dalam batuan akibat tindakan air. Batuan asal berubah  menjadi batuan lain.


Proses ini giat di kawasan tropika lembap. Contohnya ialah feldpar dalam granit menjadi kaolin (tanah liat)


Larutan: Merupakan tindak balas mineral dengan sesuatu bahan kimia. Bahan galian seperti garam batu mudah larut dalam air.


Apabila mineral terlarut, batuan menjadi poros dan pecah dengan mudah.


Proses ini giat berlaku di kawasan tropika lembap.


Penghidratan: Berlaku apabila mineral batuan menyerap air.


Mineral yang menyerap air akan mengembang, sementara mineral yang tidak serap air tidak mengembang. Akibatnya, terjadi tegangan dalam batuan.


Keadaan ini melemah struktur batuan dan menghancurkannya.


Luluhawa organik:


Perubahan batuan melibatkan tindakan tumbuhan, haiwan, manusia dan bakteria. Tindakan secara fizikal atau kimia akan melonggarkan batuan atau menguraikan batuan tersebut.




Perbandingan antara 3 jenis luluhawa (mekanika/kimia / organik):




Luluhawa dan kesannya pada pandang darat:


Selamat mengulang kaji, selamat menjawab soalan geografi pertengahan tahun pada Mei 2012 ini.

Thursday 3 May 2012

TSUNAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Kali ini saya akan kemukakan satu siri fakta sebagai tambahan ilmu dalam geografi, tetapi tidaklah dimasukkan dalam sukatan geografi SPM.
Anggaplah sebagai maklumat tambahan sahaja.























Monday 30 April 2012

PROSES PEMBENTUKAN DAN TABURAN MUKA BUMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selamat bersua. Tajuk pada kali ini ialah:
Semoga usaha saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar.


ini ringkasan yang akan saya catatakan pada tajuk ini. Berikut merupakan peta taburan plat-plat di bumi kita.
pergerakan plat ini mewujudkan muka bumi (benua) yang ada, melalui teori Hanyutan Benua.


Muka bumi terbentuk daripada 2 cara iaitu melalui penggondolan di luar muka bumi. Kedua melalui pergerakan dalam bumi.


Pergerakan dalam bumi ini boleh mewujudkan lipatan pada kerak bumi (gunung lipat) dan sesaran   yang membolehkan wujudnya lurah sesaran dan gunung bongkah.


Terdapat 2 jenis plat, iaitu;
Plat Lautan, dan
Plat benua.


Plat benua bawa benua, plat lautan bawa batuan dasar lautan. 
Arus perolakan dalam mantel menyebabkan plat bergerak.
Plat tektonik berlaku secara mendatar, menyebabkabkan plat bertembung (pertembungan) atau mencapah dengan plat lain.


Cara plat tektonik melibatkan:
pertembungan.
percapahan.




pertembungan melibatkan 3 cara iaitu:
pertembungan plat lautan - plat lautan.
pertembungan plat benua - plat benua.
pertembungan plat lautan - plat benua.


satu daripada plat ini akan menjunam ke dasar lautan dan tertolak ke dalam mantel yang panas. Pinggir plat yaang cair akan naik ke permukaan laut membentuk pulau (arka pulau).
Jurang lautan terbentuk di sempadan pertembungan plat ini.


Pertembungan plat benua - plat benua, kerana kuasa mampatan. Batuan yang termampat di sini akan membentuk gunung lipat di atasnya. Banjaran lipat muda terbentuk sepanjang sempadan pertembungan, seperti terjadi pada Banjaran Himalaya.


Pertembungan plat lautan dan plat benua. Plat lautan yang lebih tumpat akan terjunam ke dalam mantel. Sepanjang pertembungan ini wujud jurang lautan. Pada bahagian plat benua akan terbentuk gunung lipat selari dengan jurang lautan. Sepanjang pertembungan plat ini wujud juga gunung berapi.


Pergerakan plat secara percapahan.
Keadaan ini berlaku apabila 2 plat bergerak ke arah yang bertentangan.
Sempada kedua-dua plat ini akan wujud sempadan pencapahan.
Pergerakan kedua-dua plat ini akan membolehkan magma mengisi ruang yang ada, membentuk Permatang Tengah Lautan.
Proses ini juga dikenali sebagai perebakan dasar lautan.
Contoh permatang ini ialah Permatang Tengah Lautan Atlantik.
Kesimpulan yang terhasil daripada pergerakan plat ialah berlakunya lipatan dan gempa bumi.


Proses mampatan menghasilkan pelbagai bentuk lipatan, seperti;
a. Lipatan Monoklin.
b. Lipatan simetri.
c. Lipatan asimetri.
d. Lipatan lampau.
e. Lipatan rebah.
Satu perkara yang berkait dengan pergerakan plat ini dan selain lipatan, terdapat kejadian gempa bumi. Tenaga terkumpul akan dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
Kerak bumi akan bergegar, berlakulah gempa bumi.
Gempa bumi pada dasar lautan boleh mewujudkan tsunami.


peta dunia taburan kawasan gempa bumi.


Pergerakan plat seccara pencapahan akan wujudnya
gelinciran atau sesaran
hanyutan benua.


Sesaran berlaku apabila anjakan batuan ( lapisan ) bumi secara mendatar atau menegak.
Terdapat pelbagai jenis gelinciran (sesar):
Tiga jenis sasaran iaitu:
Sesar biasa.
Sesar songsang.
Sesar rabak.

Rajah di atas menunjukkan kejadian lurah sesar dan gunung bongkah; satu kerana daya ketegangan, dan satu lagi daya mampatan.


Satu teori telah dikemukakan oleh Alfred Wegenar pada tahun 1910 tentang hanyutan benua. Sila teliti rajah-rajah di bawah.




                             Ini Alfred Wegenar














                    Ini daratan Pangea yang diwarnakan oleh pelukis.
Teori ini dinyatakan bermula daripada dunia yang punyai 1 daratan besar sahaja iaitu Pangea.



Rajah arah hanyutan benua daripada daratan Pangea,



Pangea telah terpisah dua, di utara bumi adanya Laurasia dan selatan bumi adanya Gondwanaland.


Jangkaan pengkaji terhadap dunia 50 juta tahun akan datang. Perhatikan terdapat perubahan kedudukan seperti Afrika dan Amarika Selatan. Terdapat perubahan kedudukan Australia menghampiri Asia Tenggara.


Pergerakan tektonik plat berterusan lebih 200 juta tahun, akhirnya jadilah taburan benua dan lautan seperti hari ini. (Rujuk pada rajah pertama dalam rajah hanyutan benua di atas).


Satu lagi kejadian yang berkaitan dengan gerakan plat ini ialah aktiviti gunung berapi.


Aktiviti gunung berapi melibatkan pengeluaran bahan dari lohong dari bumi yang terdiri daripada magma / lava gunung berapi, piroklas dan debu gunung berapi.
Magma ini boleh beku dalam kerak bumi dan boleh keluar ke permukaan bumi sebagai lava, gunung berapi.


Bentuk batuan yang terjadi apabila magma beku dalam kerak bumi dikenali sebagai igneus rejahan, manakala lava yang dibawa ke luar permukaan mewujudkan bentuk igneus terobosan.
Sila teliti semua bentuk yang terhasil dalam kerak bumi. Semua sama dari segi kandungan batuan, iaitu igneus tetapi bentuk yang berbeza.


Kita teliti pula bentuk muka bumi di permukaan: Aktiviti gunung berapi.


Gunung berapi komposit.
Gunung berapi perisai  (lava bes)
Dataran Tinggi basalt.