Sunday, 22 April 2012

KETINGGIAN

Tajuk seterusnya ialah KETINGGIAN.




Inilah antara maklumat atau perkara yang akan dibincangkan dalam tajuk berikut. (rujuk carta di atas)


-Ketinggian sesuatu tempat diukur dari aras laut.
-Ketinggian dalam peta topografi boleh dikenalpasti berdasar penggunaan kontur, tanda tinggi, tanda aras, stesen trigonometri, hasyur dan warna.
-Lazim digunakan dalam peta topografi, menggunakan garisan kontur.


-Kontur, ialah garis yang menghubungkan semua kawasan yang sama tinggi.
-Stesen Trigonoometri, ialah tiang batu menunjukkan ketinggian bukit atau gunung. Simbolnya ialah titik dalam segitiga dan ditulis angka tingginya.
-Tanda aras (batu aras) ialah batu menunjukkan ketinggian jalan raya dan jalan kereta api. Simbolnya ialah titik dan anak panah, diikuti angka ketinggian.
Tanda tinggi, menunjukkan ketinggian kawasan di kawasan kontur. Simbolnya ialah titik diikuti dengan angka ketinggiannya.


Semua simbol ini boleh dilihat berdasar rajah di bawah.




Kontur:
-Kontur ialah garisan menyambungkan semua tempat yang sama tinggi, contoh keliling bukit atau gunung.
-Perbezaan ketinggian antara dua garisan kontur dinamakan sela kontur atau selang tinggi. Sela kontur peta topografi Malaysia ialah 20 meter.




Bentuk Muka bumi:


1. Gunung ialah tanah tinggi yang meninggi ke atas . Bentuk kontur bukit dan gunung adakah sama iaitu bulat, hanya ketinggian yang berbeza.


2. Tanah tinggi yang agak rata di atas, dan curam di lereng-lereng, garis kontur yang rapat.




3. Cenuram / tebing tinggi / cerun tegak:  garisan kontur yang bertindih dan bercantum.


4. Lurah: Tanah rendah yang terletak antara tanah lebih tinggi. Biasa terdapat sungai pada dasar lurah. Susunan kontur mungkin terdapat ssussuh bukit berpanca.


5, Rabung.


6. Kol dan Pelana:


Cerun Landai.


Cerun Curam


Cerun seragam


Cerun bertangga
cerun cekung
cerun cembung
Cuba gunakan peta ini. Rujuk teks ms 37, cuba kenal pasti bentuk dan cerun yang terdapat pada kawasan tinggi dalam peta berkaitan.

Saturday, 7 April 2012

MENGUKUR DAN MENGANGGARKAN KELUASAN

Assakamualaikum dan selamat sejahtera pelajar geografi tingkatan 4J SMK Ampang Pecah dan pelajar lain di mana juga kalian berada.


Sudah agak lama saya tidak dapat berjumpa kalian di dalam kelas seperti biasa. Hanya kelas maya ini dapat saya laksanakan.


Sebelum memulakan tajuk berkaitan sila lakukan latihan pengukuhan muka surat 30-31, latihan no 1 hingga no. 7 sebagai mengingatkan dan mengukuhkan tajuk sebelum ini. Semoga ini dapat membantu para pelajar.


Pada kali ini saya bercadang membincangkan tajuk Mengaggarkan keluasan sesuatu kawasan di atas peta topografi.
Semua yang saya bincang ini boleh dirujuk pada buku teks masing-masing, muka surat 25 hingga 31.


Kawasan yang penuh 1 petak bernilai 1 persegi grid bersamaan 1 km persegi ialah 6 unit iaitu  ( 6 X 1.00  = 6.00 )


Kawasan tiga perempat penuh, 0.75 km persegi (3/4) ialah 1 unit iaitu ( 1 X 0.75 = 0.75 )


Kawasan separuh penuh, 0.50 km persegi (1/2) ialah 1 unit iaitu ( 1 X 0.50 = 0.50 )


Kawasan satu perempat penuh, 0.25 persegi (1/4) ialah 1 unit iaitu ( 1 X 0.25 = 0.25 )


Jumlah keseluruhan kawasan ialah 7.50 km persegi. Oleh kerana 1 km per ialah 100 hektar maka keluasan kawasan ialah (7.5 X 100 = 750 hektar)




Rajah di atas adalah ringkasan mengira keluasan yang kita bincangkan.


Satu lagi contoh mengira keluasan berdasar peta toopografi berikut: 






Hutan Rizab Bt. Relau disediakan kawasan yang perlu dianggarkan keluasanya.




Jika tidak berapa jelas kiraan di atas bersama ini satu lagi jadual disertakan.


Semoga ini dapat membantu para pelajar.


Sebagai latihan sila lakukan tugasan berikut:
Gunakan latihan no. 8 muka surat 31, sila selesaikan tugasan no. 8 tersebut. 


Sebarang masalah sila rujuk semula kepada saya di dalam kelas. Jumpa lagi.







Tuesday, 3 April 2012

TAJUK 2 (ARAH)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelajar yang disayangi sekelian..

Tajuk berikut yang akan saya bincangkan ialah tentang ARAH. 

Sebagai asasnya kita perlu tahu arah mata angin iatu merujuk kepada bearing kompas. Terdapat 4 asas mata angin, jika pelajar yang belajar geografi tidak mengetahuinya adalah suatu yang amat janggal. Apakah dia?
Utara.
Selatan.
Timur
Barat.

Perantaraan arah ini terdapatnya:
Timur Laut.
Tenggara.
Barat Daya.
Barat Laut.

Jika kita amati arah antara mata angin di atas akan adanya:
Utara Timur Laut. (antara Utara -Timuur Laut)
Timur Timur Laut. (antara Timur- Timur Laut)
Timur Tenggara (antara Timur - Tenggara)
Selatan Tenggara (antara Selatan -Tenggara)

Ini menjadi asas dalam tajuk arah dalam Kemahiran Geografi. Mudah saja rasanya arah mata angin ini kerana semua pernah belajar dari tingkatan 1 lagi. Jika di teliti eterusnya untuk menuju ke tajuk arah dalam peta topografi kita perlu meneliti subtajuk Arah ini iaitu Jenis-jenis Utara.

Terdapat 3 jenis utara:
Utara Benar.
Utara Magnet.
Utara Grid.

Utara Benar merujuk kepada Utara Benar, utara ini adalah Utara Kutub.
Utara benar yang kita gunakan dalam geografi ini adalah mengarah ke kutub utara bumi, iaitu latitutt 90 darjah Utara, ini adalah utara Geografi. Semua garis bujur di atas glob dan peta atlas menuju ke kutub utara bumi.

Utara Magnet adalah arah utara menuju ke kutub magnet bumi. Ini adalah arah utara yang ditunjukkan dalam kompas  magnnetik. Sebenarnya antara utara magnet ini dengan utara benar tterpesong sewdikit, pada hari ini terpesong kirakira 1900 kilometer. Sesiapa yang menggunakan kompas magnetik dalam kapal terbang atau kapal akan menggunakan arah utara ini. Sebenarnnya arah uttara magnet ini tidak pernah tetap kerana perubahan medan magnet bumi.

Utara grid adalah semua arah yang digunakan selari dengan garisan  Timuuran dalam peta topografi.

Sebagai menguji diri masing-masing pastikan anda tahu perkara ini..
1. Selain utara grid yang tetap dalam peta ttopografi utara apakah yang ada tercatat dalam peta topografi?
2. Utara apakah yang ditunjukkan oleh garisan Timuran peta topografi?
3. Utara apakah yang ditunjukkan oleh jarum kompas magnetik?
4. Utara apakah yang ditunjukkan pada kutub utara bumi kita?

Di lapangan sebenar kita boleh mengukur dan membaca bearing menggunakan kompas magnetik. Dalam peperiksaan bearing yang kita gunakan atas peta topografi ialah menggunakan jangka sudut, iatu bearing udutann. Kemahiran ukur bearing ini perlukan latihan. Sila buat latihan sendiri selepas saya tunjukkan dalam kelas.

Ingat perkara penting dalam menggunakan jangka sudut ini ialah, pastikan kedudukan poin bagi jangka ssudut adalah lokasi (poin) yang betul. Jangan sampai terletak pada lokasi (poin) yang betntang langsung. Ingat kunci kata soalan biasanya perkataan dari mana dalam soalan peperiksaan. Jika masih was-was, sila jumpa saya untuk tutorial khas tentang ini.

Paling penting ialah lakukan latihan. Ini tidak boleh dihafal sahaja.
Selamat mendapat kemahiran daripada tajuk Arah ini. Rujuk buku teks masing-masing upaya kerja menggunakan bearing sudutan ini tepat.

Jumpa lagi.

Sunday, 1 April 2012

TULISAN PERTAMA DI BLOG INI. (KEMAHIRAN GEOGRAFI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Tulisan pertama saya ini saya tujukan khas kepada para pelajar Geografi Tingkatan 4 saya di SEMEKAP (Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah). Walau bagaimanapun masih boleh menjadi bacaan pelajar lain yang sudi membacanya.


Pelajar yang saya sayangi semuanya. Sudah pasti khas untuk 36 orang pelajar 4 Jauhari. Saya cuba untuk berbicara tentang tajuk Geografi tingkatan 4 yang agak sukar difahami dengan hanya sekadar membaca daan diingat secara hafalan sahaja. Tajuk kemahiran ini menuntut semua pelajar melakukan tugasan yang diberi semasa pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.


Walau bagaimanaapun ruangan sebegini rupa masih boleh digunakan supaya boleh membantu sedikit sebanyak semua pelajar.


Tajuk Kedudukan, menuntut semua pelajar memahami perkara garisan grid. Anda semua perlu tahu bahawa garisan grid yang menegak dalam peta topografi dinamakan Garisan Timuran dan garisan grid melintang dinamakan Garisan Utaraan. Semua garis grid pada peta topografi diberikan nombor rujukan. Nombor ini dikenali sebagai rujukan grid. Semua nombor ini bermula dari penjuru barat daya peta topografi berkaitan. Garisan Timuran membesar arah ke timur dan Garisan utaraan makin membesar arah ke utara.


Untuk menyata atau membaca kedudukan sesuatu tempat atau lokasi , kita hanya perlu menyatakan nombor Timuran dan Utaraan yang bersilang. Walau bagaimanapun kita mesti ingat bahawa kita mesti menyatakan rujukan grid Timuran terlebih dahulu, baru diikuti oleh  nombor rujukan grid Utaraan.


Rujukan Grid 4 angka:
Rujukan grid 4 angka digunakan menyatakan kedudukan sesuatu segi empat grid. Ini biasanya melibatkan sesuatu kawasan yang luas. Caranya ialah dengan membaca nombor rujukan Timuran dan nombor rujukan Utaraan, persilangan kedua-dua garisan ini, seluruh kawasan empat persegi grid, di timur laut persilangan sebagai rujukan lokasi yang dibaca. Cara bacaan seperti 1774


Rujukan grid 6 angka:
Rujukan grid 6 angka pula dibaca dengan cara yang sama tetapi menggunakan 3 angka Timuran dan 3 angka Utaraan. Dengan menggunakan 2 angka pada rujukan 4 angka ditambah dengan angka ketiga, dengan membahagikan persegi grid berkenaan kepada 10 bahagian yang mewakili angka 0,1,2,3,4,5,6,7.8. dan 9. Begitu juga pada garisan Utaraan dibahagi kepada 10 bahagian. Maka akan ada bacaan seperti 171749 dan lain-lain lagi. Dua angka pertama telah ada pada peta topografi berkaitan, hanya nombor ketiga perlu dinyatakan dengan membahagi 10 bahagian pada petak persegi grid.


Kesimpulannya, anda semua perlu buat latihan yang terdapat dalam teks. Jika ada masalah dalam memahamkan tajuk sila jumpa saya. Jangan malu atau takut untuk ilmu.


Ringkasan daripada tajuk ini ialah:


1.  Rujukan grid ialah cara menyatakan kedudukan dengan menggunakan garisan grid, iaitu Garisan Timuran dan garisan Utaraan.
2.  Terdapat rujukan 4 angka untuk menyatakan kedudukan segi empat grid (kawasan  luas) dan rujukan grid 6 angka untuk menentukan kedudukan yang lebih kecil (objek kecil dalam peta topografi)
3.  persegi grid peta topografi berukuran 1km panjang dan 1km lebar( 1km persegi)


Selamat memahami tajuk ini dan mendapat kemahiran dengan cara melakukan latihan menggunakan rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angka.


Terima kasih daripada:
Rozali bin Mazlan
Pengetua SEMEKKAP.

Friday, 30 March 2012

SALAM PENGENALAN

Blog ini dalam proses saya rekacipta segala-galanya untuk Geografi yang menjadi subjek kegemaran saya daripada dahulu. Oleh kerana telah lama saya tinggalkan Geografi dalam pengajaran dan pembelajaran, saya bercadang untuk membangunkan blog geografi ini secara beransur-ansur jika ada kelapangan.

Walau bagaimana saya sediakan link ke blog saya dan blog sekolah saya (SMK Ampang Pecah) sebagai bacaan masing-masing yang ingin mengikuti perkembangan saya dan perkembangan di sekolah saya. SMK Ampang Pecah adalah tempat saya bertugas sekarang.